Saturday, January 16, 2010

ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran






Jurnal yang menarik untuk dikongsi dan diberikan komentar.


Sinopsis

Bahasa Arab adalah dikatakan antara bahasa yang agar sukar untuk dipelajari dan difahami. Namun ia antara bahasa yang sudah mula menarik ramai orang untuk mempelajarinya, samada untuk berkomunikasi, lebih-lebih lagi untuk menjadi alat yang penting bagi memahami serta mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Islam, yang berasaskan kepada kefahaman terhadap kitab suci al-Quran dan Hadis Nabawi.

Jurnal ini memberikan beberapa panduan yang sangat berguna dalam mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, supaya ia dapat membrikan hasil yang lebih baik. Khususnya dengan menggunakan alat-alat bantuan mengajar yang terkini, termasuklah penggunaan laman web yang semakin mendapat perhatian ramai.


4 comments:

  1. Salam....
    Bilangan guru yang mahir Bahasa Arab serta mahir juga E-pembelajaran adalah amat terhad. Kos E-pembelajaran adalah tinggi berbanding pembelajaran secara tradisional, malah pertemuan dengan guru secara langsung memungkinkan keberkatan ilmu terus kepada pelajar. Pertemuan antara guru dan murid dapat dikenal pasti permasalahan secara lebih terperinci dan penyelesaian kepada masalah tersebut adalah lebih berkesan.

    ReplyDelete
  2. Dewasa ini, kemajuan teknologi maklumat dan multimedia amat dititikberatkan di negara kita hingga kerajaan sendiri menggalakkan setiap keluarga di sebuah rumah memiliki komputer sendiri dengan slogannya "satu rumah satu komputer". Melihat kepada perkembangan dunia hari ini yang amat pesat dengan informasi dan maklumat yang boleh didapati hanya dengan menekan butang di kekunci komputer, kita dapat melayari ke serata dunia untuk memperolehi maklumat. Justeru itu, pembelajaran bahasa arab juga turut memainkan peranan yang besar melalui penguasaan teknologi maklumat atau secara khususnya internet. Kejayaan ini boleh dilihat dalam pelbagai bentuk. Contohnya, kemajuan mereka adalah cepat, mudah menguasai perkataan atau ayat baru, dan sering mencapai keputusan yang cemerlang dalam ujian bahasa. Pembelajaran dalam bahasa arab adalah pembelajaran lebih menyeronokkan dan lebih berkesan kerana ia menjimatkan masa dalam proses mengingat kalimah-kalimah arab. Selain itu, ia menjadikan suasana e-pembelajaran lebih menarik dan banyak membantu pelajar supaya lebih kreatif memperoleh ilmu .

    ReplyDelete
  3. bahasa arab adalah bahasa yang terbaik di dunia kerana ia terpilih sebagai bahasa wahyu.untuk mahir dalam bahasa arab kita hendaklah sentiasa mendengar kalam arabie,kalau dulu kita terpaksa merantau ke negara arab untuk mendapatkannya namun sekarang ia adalah sesuatu yang mudah,hanya tekan dengan hujung jari sahaja untuk mempelajarinya....

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab menggunakan teknologi maklumat sememangnya memberi kesan yang lebih positif terhadap pelajar kerana ia melibatkan pelbagai kaedah pembelajaran terutamanya video dan audio. Namun kosnya yang tinggi menjadi kekangan kepada pihak sekolah untuk menyediakan fasiliti ini dengan sepenuhnya, tetapi boleh mempraktikkannya secara berperingkat. Oleh itu, saya berpendapat penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab boleh diberi keutamaan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang optima selain dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mewujudkan motivasi intrinsik dalam diri pelajar.

    ReplyDelete

GaMbAr