Wednesday, February 17, 2010

Guru yang belajar


Ada lebih kurang seminggu lagi untuk menamatkan sesi pengajian yang pertama ini. Walau dirasakan lelah diawalnya, namun ia akan berakhir juga samada dengan rela atau terpaksa.

Hakikat yang sememangnya tidak boleh dinafikan, belajar di'luar' usia adalah sesuatu yang memenatkan serta terpaksa banyak bergantung kepada kebijaksanaan memilih dan membahagi masa dengan semua tanggungjawab yang telah tersedia.

Tapi, ..
asalkan namanya belajar, ia adalah sesuatu yang sangat berharga. Ilmu2 baru yang diperolehi sangat2 membantu meningkatkan keupayaan diri untuk lebih mahir mendidik anak bangsa menjadi 'manusia' yang boleh dibanggakan oleh agama dan masyarakat.

Semoga Allah akan sentiasa memudahkan segala urusan di samping tenaga pengajar yang sentiasa memahami, Insya Allah :-)

2 comments:

  1. PnP Bhs Arab berasaskan Web :
    Sememangnya sistem e-Pembelajaran Bahasa Arab dapat membantu guru Bhs Arab memahirkan pelajar dalam penguasaan Bhs Arab dan mempelbagaikan kemahiran dalam pembelajaran dengan menggunakan pelbagai teknik yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar termasuk video dan audio. Walaupun ianya masih baru, namun penggunaannya banyak membantu dalam sesi PnP di sekolah.

    ReplyDelete
  2. belajarlah, bermula dari buaian hingga ke liang lahad

    ReplyDelete

GaMbAr