Wednesday, March 3, 2010

Wednesday, February 17, 2010

Guru yang belajar


Ada lebih kurang seminggu lagi untuk menamatkan sesi pengajian yang pertama ini. Walau dirasakan lelah diawalnya, namun ia akan berakhir juga samada dengan rela atau terpaksa.

Hakikat yang sememangnya tidak boleh dinafikan, belajar di'luar' usia adalah sesuatu yang memenatkan serta terpaksa banyak bergantung kepada kebijaksanaan memilih dan membahagi masa dengan semua tanggungjawab yang telah tersedia.

Tapi, ..
asalkan namanya belajar, ia adalah sesuatu yang sangat berharga. Ilmu2 baru yang diperolehi sangat2 membantu meningkatkan keupayaan diri untuk lebih mahir mendidik anak bangsa menjadi 'manusia' yang boleh dibanggakan oleh agama dan masyarakat.

Semoga Allah akan sentiasa memudahkan segala urusan di samping tenaga pengajar yang sentiasa memahami, Insya Allah :-)

Wednesday, January 20, 2010

Tugasan yang menimbun


Hmmm, makin hari makin banyak kerja yang perlu dilakukan. Di sekolah, di rumah, kerja rutin sebagai guru, tambah dengan tugasan selaku pelajar (jadi pelajar semula dalam Kursus Hujung Minggu {KHM} - untuk keluar sebagai guru yang lebih baik - Insya Allah).

Hari2 beginilah perlu kepada kebijaksanaan membahagi masa dan merancang perkara yang perlu dilakukan.

Semoga diri ini diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan untuk melakukan semua ini dengan baik dan jaya.

Amiin ya Rabb!

Saturday, January 16, 2010

ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran






Jurnal yang menarik untuk dikongsi dan diberikan komentar.


Sinopsis

Bahasa Arab adalah dikatakan antara bahasa yang agar sukar untuk dipelajari dan difahami. Namun ia antara bahasa yang sudah mula menarik ramai orang untuk mempelajarinya, samada untuk berkomunikasi, lebih-lebih lagi untuk menjadi alat yang penting bagi memahami serta mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Islam, yang berasaskan kepada kefahaman terhadap kitab suci al-Quran dan Hadis Nabawi.

Jurnal ini memberikan beberapa panduan yang sangat berguna dalam mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, supaya ia dapat membrikan hasil yang lebih baik. Khususnya dengan menggunakan alat-alat bantuan mengajar yang terkini, termasuklah penggunaan laman web yang semakin mendapat perhatian ramai.


Salam Perkenalan

:: Blog ::

Suatu yang sangat baru dalam duniaku. Tak pernah2 terfikir untukKu memiliki blog sendiri sebelum ini. Membaca blog orang lain pun tak sempat, inikan pula menulis untuk dibaca oleh orang.

Namun, ku harapkan agar ‘dunia baru’ ini dapat memberikan tambahan aktiviti dalam hidup ini. Aktiviti yang menyeronokkan. Sekurang2nya boleh melupakan sebentar keletihan menguruskan anak2 dan suami… harap2nya gitu la

GaMbAr